Sesi telah disetkan semula ke Bahasa Melayu(Session has been reset to Malay Language) e-Solat : Sistem Panduan Solat Harian Anda
Melayu  |   English
Anda Di sini : Utama / Kaedah Tradisional

Kaedah Tradisional




Kaedah Tradisional Memastikan Arah Kiblat

i. Matahari Istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa' (rembang) di atas Kaabah berlaku dua kali setahun. Fenomena ini berlaku pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang (mengikut waktu piawai Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan membetuli arah Kiblat. Lihat Rajah 1.



Rajah 1: Kedudukan matahari di atas Kaabah yang menyebabkan bayang-bayang tegak di seluruh dunia membetuli arah Kiblat.

ii. Kaedah Buruj Bintang

Buruj bintang ialah satu kumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit yang hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain. Menurut International Astronomical Union (IAU), langit dibahagikan kepada lapan puluh lapan (88) kawasan buruj bintang. Bintang-bintang yang berada di suatu kawasan yang sama adalah dalam satu buruj. Pemerhati purba telah menetapkan sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah mereka kenal pasti seperti bentuk-bentuk haiwan, geometri dan seumpamanya. Dengan mengetahui bentuk buruj-buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.


a. Buruj al-Babadur/Belantik (Orion)


Antara buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk berijtihad arah kiblat ialah buruj al¬-Babadur. Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka, an-Nilam dan an-Nitak yang diunjurkan pada arah barat adalah membetuli arah kiblat bagi penduduk Malaysia dan negara sekitar. Buruj al-Babadur berada tinggi di langit Malaysia ketika waktu Maghrib di antara bulan Disember dan Mac. Lihat Rajah 2.


Rajah 2: Buruj al-Babadur yang boleh digunakan untuk berijtihad tentang arah Kiblat


b. Menggunakan Kedudukan Bintang al-Qutbi/Kutub (Polaris)

Bintang-bintang akan kelihatan secara ketara mengelilingi paksi kutub yang ditunjukkan oleh bintang Qutbi. Oleh itu bintang Qutbi menunjukkan arah Utara Benar dari mana-mana tempat di muka bumi ini Bintang Qutbi terletak dalam buruj al-Juddah (Bajak/Ursa Minoris) dan buruj ini berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang Qutbi boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj bintang ini. Lihat Rajah 3.

Rajah 3: Buruj al-Juddah (Bajak / Ursa Minoris)


Arah Kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68° (bagi Malaysia) ke kiri dari kedudukan bintang Qutbi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Rajah 4: Kedudukan arah Kiblat daripada bintang Qutbi
 

Gunakanlah petunjuk sudut dengan jar untuk menentukan nilai bukaan sudut. Lihat Rajah 5.
 
 
Rajah 5: Panduan jari untuk nilai sudut
iii. Kaedah Matahari Terbenam

Secara umum merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah-ubah dari azimut 235° hingga 295°. Walau bagaimanapun sebagai salah satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan sekiranya diketahui perbezaan sudut di antara arah matahari terbenam dengan arah kiblat. Anggaran perbezaan sudut antara arah kiblat dengan matahari terbenam bagi kegunaan di Malaysia dinyatakan secara purata dalam Jadual I seperti berikut:

Bulan   
Anggaran Arab Kiblat Dan i Matahari Terbenam
Januari  
 ke kanan 45°
Februari  
 ke kanan 400
Mac  
 ke kanan 25°
April  
 ke kanan 150
Mei  
 ke kanan 50
Jun  
 ke kin i 10
Julai  
 ke kanan 10
Ogos  
 ke kanan 50
September  
 ke kanan 15°
Oktober  
 ke kanan 300
November  
 ke kanan 40°
Disember  
 ke kanan 45°
Jadual I:Anggaran perbezaan sudut di antara arah Kiblat dengan matahari ketika terbenam di Malaysia

Tarikh :02-10-2014