Sesi telah disetkan semula ke Bahasa Melayu(Session has been reset to Malay Language)
Melayu  |   English
Anda Di sini : / Perhitungan Waktu Solat Menggunakan Almanak Falak Syarie

Perhitungan Waktu Solat Menggunakan Almanak Falak Syarie




Awal dan akhir waktu solat adalah berhubung terus dengan kedudukan matahari relatif terhadap kita di bumi. Kedudukan matahari dari masa ke semasa dapat diketahui dengan merujuk kepada almanak, salah satunya Almanak Falak Syarie (AFS). AFS yang diterbitkan oleh JAKIM dengan kerjasama UTM ini adalah satu-satunya almanak keluaran tempatan dan diterbit khusus bagi penggunaan hitungan Falak Syarie. Penggunaan almanak AFS agak mudah. Oleh yang demikian, penerbitan AFS adalah merupakan salah satu usaha murni ke arah memajukan dan mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya.

Di dalam seksyen ini dijelaskan kaedah penggunaan AFS untuk membuat hitungan waktu-waktu solat.



 

Hitungan Waktu Matahari Istiwa

Seperti dibincangkan sebelum ini, ketika matahari istiwa iaitu ketika pusat badan matahari melintasi tepat Meridian Samawi Tempatan (stesen rujukan), sudut Waktu Tempatan Matahari Istiwa (LHA @ Istiwa) adalah bersamaan 0 jam ataupun bersamaan 24 jam jika merujuk kepada hari sebelumnya. Hubungan sudut Waktu Tempatan Matahari dengan sudut Waktu Greenwich Matahari (GHA @ Istiwa) dapat dituliskan sebagai:


Seterusnya, di dalam AFS diberikan hubungan di antara GHA Matahari dan Waktu Piawai Malaysia (WPM). Oleh itu Waktu Piawai Malaysia ketika matahari istiwa (WPM @ Istiwa) bagi stesen rujukan dapat ditentukan berdasarkan GHA @ Istiwa yang diperoleh. Rumus berikut digunakan untuk mendapat WPM @ Istiwa:

Merujuk kepada lampiran A, untuk tarikh kiraan 6 April 2000 didapati:

 

Kesimpulan:

Waktu matahari istiwa bandar Pontian Kechil pada 6 April 2000 adalah pada pukul 13j 08m 52s atau digenapkan 1: 09 petang.


Hitungan Awal Waktu Zohor

Merujuk kepada rumus (1), awal waktu Zohor adalah waktu istiwa ditambah selama 1 minit 4 saat .

Hitungan Awal Waktu Asar

 






Hitungan Awal Waktu Maghrib

Waktu anggaran masuk solat Maghrib adalah pukul 7.00 petang (19:00).





Hitungan Awal Waktu Solat Isyak


Waktu anggaran masuk solat Isyak adalah pukul 8.00 malam (20.00).




  

Hitungan Awal Solat Subuh

     (a) Waktu anggaran masuk solat Subuh adalah pukul 6.00 pagi (6j).





Hitungan Waktu Matahari Terbit

Waktu matahari terbit menandakan tamat solat Subuh. Di Malaysia, waktu anggaran matahari terbit adalah pukul 7.00 pagi.








Tarikh :01-10-2014