MODUL HITUNGAN IDAH

Sistem Pengiraan Tempoh Idah Berdasarkan Takwim Hijri

Maklumat Pengiraan

Penerangan Modul
Modul Hitungan Idah ini dibangunkan sebagai modul pengiraan berasaskan takwim Hijri (Qamariyah) untuk membantu menentukan tempoh idah menurut prinsip asas fiqh munakahat Islam. Pengiraan dibuat menggunakan peralihan bulan Hijri sebenar berdasarkan sistem imkanur rukyah dan bukan berdasarkan purata bulan sivil.

Jenis Idah yang dikira:

1. Idah Kematian (4 Bulan 10 Hari)
Tempoh idah bagi wanita yang kematian suami adalah selama empat (4) bulan sepuluh (10) hari berdasarkan bulan Hijri. Pengiraan bermula daripada tarikh kematian dan ditentukan melalui sempadan bulan qamariyah sebenar.

2. Idah Suci (3 Bulan)
Tempoh idah bagi wanita yang diceraikan dan tidak hamil ialah selama tiga (3) bulan Hijri. Pengiraan dibuat berdasarkan tiga kali peralihan bulan qamariyah sebenar dari tarikh mula idah.

Nota:
• Pengiraan ini adalah berdasarkan hitungan takwim Hijri falak sebenar (29 atau 30 hari sebulan), bukan purata 30 hari.
• Sistem ini adalah modul pengiraan teknikal dan tidak menggantikan keputusan hukum rasmi pihak berautoriti agama.
• Bagi kes idah wanita hamil, tempoh adalah sehingga melahirkan anak dan tidak termasuk dalam modul ini.
• Idah hitungan tiga (3) kali suci juga tidak termasuk dalam modul ini.

Kaedah Takwim Digunakan:
• Istilahi — sebelum 1970
• Hakiki — 1970 hingga 1991
• Hakiki Wujud Hilal — 1992 hingga 1994
• Imkanurrukyah 1995 — bermula 1995
• Imkanurrukyah 2021 — bermula 1443H / 2021M