Kiblat Semasa di Angkasa


Dikemaskini pada 15-04-2020


Google+


 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan buku 'Garis panduan pelaksanaan ibadah di ISS' dan diterbitkan pada April 2007. Kiblat ditentukan berdasarkan kepada unjuran Kaabah di Mekah. Angkasawan Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed menjalani latihan di Russia sebelum salah seorang daripadanya dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia dihantar ke ISS.

Alam semesta Allah ini luas, solat bukan hanya wajib dilakukan di muka bumi sahaja. Kejayaan Dr. Sheikh Muzafar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas merupakan suatu titik tolak bagi masyarakat islam dan muslim untuk beribadat bukan hanya di muka bumi tetapi di angkasa lepas.

Garis Panduan Dari Jakim 

Jadi apabila Malaysia memutuskan menghantar angkasawan negara ke ISS, Jakim dengan kerjasama Agensi Angkasa Nasional(Angkasa) berasa bertanggungjawab menyediakan garis panduan untuk angkasawan beribadah sepanjang misinya bermula dari pelancarannya dengan Soyuz FG hinggalah ia kembali ke bumi.

Garis panduan ini dibuat dengan teliti di mana ia mengambil kira pandangan semua tokoh ulama, pengalaman sebenar tokoh angkasawan dan pakar sains angkasa pada satu seminar khas yang diadakan di Hotel Equatorial Bangi beberapa bulan lalu.

Hasilnya Jakim menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Pelaksanaan Ibadah Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)’ yang memberi perincian mengenai cara beristinjak, mengangkat hadas kecil dan hadas besar, menentukan waktu solat, menentukan kiblat, menentukan waktu puasa dan menguruskan jenazah.

Rukhsah Ketika Berada Di Angkasa Lepas

Rukhsah juga mengambil kira tahap keselamatan dalam kapal angkasa dan ISS yang tinggi dan keperluan pada masa itu contohnya tidak ada debu untuk bertayamum dan tidak ada air untuk mengangkat hadas kecil dan (berwuduk) dan hadas besar dan menyucikan diri daripada hadas kecil dan besar.

Antara syarat sah solat ialah mesti menghadap Kaabah. Bagaimanapun garis panduan memberi beberapa pilihan lain,iaitu unjuran Kaabah, bumi dan mana-mana arah.

Mengikut tertib, solat mesti menghadap Kaabah. Jika tiada pilihan lain, angkasawan boleh menghadap mana-mana arah. Paling penting ialah solat mesti dilakukan.

Kaedah Menentukan Kiblat Di Angkasa

Semua pihak tahu bahawa kapal angkasa mengelilingi bumi atau mengorbit bumi pada setiap 90 minit sebanyak 16 kali sehari. Jika 16 peristiwa siang dan malam berlaku sehari, jumlah solat adalah sebanyak 80 waktu.

Dalam satu pusingan, waktu siang adalah 45 minit dan malam juga 45 minit. Tempoh itu perlu dibahagikan kepada lima waktu solat. Jika tidak diikuti dengan betul, waktu subuh hanya seminit.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, katanya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa solat di ISS dilakukan sama seperti di bumi, iaitu lima kali.