Panduan Solat Menghormati Waktu Dalam Pesawat
TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU
SOLAT DALAM KENDERAAN
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
PERLU DIINGAT, BIAR BETAPA SUKAR DAN SULIT SEKALIPUN, SOLAT TETAP TIDAK BOLEH DITINGGALKAN. JIKA TIDAK BERUPAYA MENUNAIKAN SOLAT DI DALAM KEADAAN BIASA, HENDAKLAH DITUNAIKAN SECARA YANG TERMAMPU OLEH SESEORANG
2. Tidak perlu menukar posisi tempat duduk untuk menghadap kiblat kerana pesawat yang kita naiki itu sering mengubah arah, memadailah dengan berada di tempat duduk asal.
3. Niatkan solat yang hendak ditunaikan semasa Takbiratul Ihram.
4. Bacaan-bacaan dalam solat ini adalah sama seperti solat biasa.
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat, iaitu dengan menundukkan kepala ke bawah sedikit serta badan dan kedua tangan diletakkan ke lutut. (Lihat gambar B)
6. Sujud pula peru dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tanpa menggunakan meja makan atau menggunakannya seperti dalam gambar C.
7. Duduk di antara 2 sujud, duduk tahiyat awal, tahiyyat akhir dan memberi salam, adalah duduk seperti biasa semasa berada di tempat duduk pesawat. (Lihat gambar D)
~ Risalah ini diterbitkan oleh Pusat Maktamar Islam MAS(PMIM) & MAS Hajj &Charter Services dan mendapat kelulusan daripada Panel Kajian Syariah , Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan kerjasama Lembaga Tabung Haji ~